Jumaat, 1 Januari 2016

TUGASAN 4-GRAPHIC DESIGN

Tugasan 4.

Ini adalah hasil poster saya menggunakan Adobe Photoshop CS6. Tajuk ini terdapat dalam matapelajaran sains tingkatan 3.

Tugasan 3

Alhamdulillah... sausah betul nak dapat idea untuk tugasan ini. Akhirnya dapat juga hasilkan. Walaupun simple sahaja. Namun sebenarnya selaku beginner, memang terkial-kial juga. Tapi akhirnya rasa nak sentiasa buat selepas ini dan mula rasa seronok. Kesemua gambar yang dimanipulasikan terdapat gambar yang diambil dari kamera DSLR Nikon D3300 yang dibeli..
Masih belajar, harap-harap gambar ini okay..



Gabungan gambar di atas terhasilkan gambar di bawah.. Gambar ini diambil semasa perjalanan pulang ke Kota Bharu menaiki Malindo Air. Gambar terhasil adalah gambar seperti di dalam sebuah kapal selam.




Gambar seterusnya dalah gambar yang sempat diambil semasa menaiki kapal terbang. Gambar yang terhasil seolah-olah saya keluarkan kamera dari tingkap utnuk mengambil gambar. Imej reflek laut juga telah ditambah untuk menonjolkan kewujudannya di atas laut.







Gambar berikut menunjukkan anak saya seolah-olah mempunyai kembar yang berpakaian biru.









Untuk gambar seterusnya, saya meletakkan bubbles kerana pada gambar sebenar, anak saya tidak dapat menghasilkan bubble kerana kesalahan teknik.. hihi.



Kasihan dia.. xde satu pun bubble terhasil.. so umi bagi hadiah bubbles kay..

Tue.. diaaaa.




Gambar seterusnya menunjukkan keakraban dua beradik yang sentiasa bersama berpegangan tangan meneroka alam semesta... Gabungan gambar menunjukkan seolah-olah mereka berada di Jepun.. Kenapa? Kerana gambar hutan rotan ini adalah di Kyoto, Jepun...





Inilah hasil manipulasi imej saya..

Rabu, 30 Disember 2015

Tugasan 2 part 2.

Pada bahagian kedua ini, tugasannya adalah untuk mengambil gambar pekerjaan seseorang. Saya telah bertemu dengan beberapa orang tetapi mereka malu untuk bekerjasama. Mungkin kerana sekarang ini, banyak perkara yang telah menjadi viral di internet. Namun, setelah menjelaskan kepada seorang tukang kebun sekolah saya, dia bersetuju untuk membantu saya.

Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil. Pada masa ini, saya baru sahaja berkenalan dengan kamera DSLR.














f/8|1/200|ISO1600 (Nikon D3330@35mm)

Pak Razib ini akan datang bekerja pada jam 7.oo pagi setiap hari. Perkara pertama yang perlu beliau lakukan adalah mengetik kad kehadiran. Selepas itu, beliau akan memulakan kerja dengan menyapu daun-daun di hadapan kawasan sekolah.


f/3.5|1/640|ISO 400 (Nikon D3330@35mm)

Selepas itu, beliau akan ke nursery, tempat di mana beliau menyediakan tanaman pokok-pokok  hiasan untuk dibiakkan. Pak Razib akan sentiasa memantau pokok-pokok tanaman hiasan ini. Beliau banyak menggunakan kaedah keratan batang untuk menanam pokok hisan di sekitar kawasan sekolah.


f/4.5|1/320|ISO 400 (Nikon D3330@35mm)


f/3.5|1/320|ISO 400 (Nikon D3330@35mm)



f/8|1/200|ISO1600 (Nikon D3330@35mm)


f/3.5|1/400|ISO 400 (Nikon D3330@35mm)

Pak Razif juga bertanggung awab untuk membuat landskap tanaman hisan di sekitar sekolah. Pengalaman beliau bekerja sebagai penyelia di sebuah ladang sawit menjadikan beliau seorang yang komited dalam membuat kerja. Lantaran pergerakan beliau yang agak laju, saya sukar untuk mengambil gambar dengan angle yang baik. Saya cuba secepat mungkin untuk mengambil gambar dan tidak mahu berterus terang pada Pak Akob supaya dia buat dengan perlahan kerana saya ingin menjaga hatinya yang sudi membantu saya.


f/10|1/1000|ISO 800 (Nikon D3330@35mm)



f/10|1/1000|ISO 800 (Nikon D3330@35mm)


f/13|1/1000|ISO 1600 (Nikon D3330@35mm)


f/8|1/3200|ISO 1600 (Nikon D3330@35mm)

Pada sebelah petang, Pak razif akan mengutip hasil tanaman yang ditanam seperti cili padi di belakang kawasan sekolah. Walaupun agak penat seharian bekerja namun, beliau sentiasa tersenyum kerana beliau meminati tugas beliau.


f/8|1/3200|ISO 800 (Nikon D3330@35mm)



f/8|1/3200|ISO 800 (Nikon D3330@35mm)

Refleksi.

Bahagian yang paling sukar untuk saya adalah mengendalikan subjek semasa mengambil gambar. Hal ini kerana Pak Razib sangat aktif dan melakukan kerja dengan cepat. Jadi saya terpaksa merendahkan nilai stutter speed supaya dapat merakam aksi beliau yang laju.

Gambar yang paling berjaya bagi saya adalah gambar beliau sedang mencangkul di landskap(rujuk gambar yang besar). Saya berjaya membuat tanaman di hadapan agak blurr dan jelas. Gambar yang saya rasa agak berjaya juga adalah semasa beliau memegang anak pokok pisang. Nampak gambar jelas dan dramatik sperti beliau ingin mencabut pokok tersebut.

Sebenarnya saya agak kurang berpuas hati dengan gambar-gambar ini, Namun disebabkan sukar untuk mendapatkan kerjasama saya terpaksa menggunakan gambar-gambar ini. Gambar ini adalah lebih sebulan daripada masa saya menulis blog ini. Pada waktu saya menulis ini, saya sudah pandai sedikit berbanding sebulan lepas. Saya semakin mahir dan tidak terkial-kial lagi seperti gambar yang saya ambil untuk tugasan part 2 ini.

Selasa, 29 Disember 2015

Tugasan 2

Tugasan 2 memerlukan saya untuk menyediakan Digital Image Portfolio yang menunjukkan:
  • Exposure(Apperture, shutter speed, ISO)
  • Depth of Field and action photos

Exposure

Aperture
Aperture adalah bukaan pada lensa yang mempengaruhi jumlah cahaya yang masuk ke dalam sensor. semakin kecil nilai apperture, semakin besar bukaan. Dengan menggunakan Nikon D3300, senang bagi saya menentukan nilai aperture tanpa menghafal kerana terdapat imej seperti di bawah yang ditunjukkan pada layar lcd kamera. 

pengaturan aperture

Berdasarkan gambar di bawah, nilai aperture bagi rajah yang pertama adalah lebih besar berbanding rajah di bawahnya. Nilai aperture yang besar menunjukkan bukaan yang kecil. Oleh hal demikian, jumlah cahaya lebih banyak masuk berbanding gambar kedua menyebabkan imej belakang lebih jelas berbanding imej di hadapan. Bagi gambar kedua, dapat dilihat nilai aperture adalah lebih kecil menunjukkan bahawa bukaan yang lebih besar. Hal ini membolehkan objek yang paling dekat difokuskan dan menghasilkan imaj bokey di belakang objek yang utama.

f/4.5|1/640 |ISO 800 (Nikon D3300@35mm)


f/4|1/200 |ISO 400 (Nikon D3300@35mm)


Shutter Speed
Baiklah, seterusnya saya ingin menunjukkan gambar yang menonjolkan kelebihan shutter speed.

f/5.3|1/4000|ISO 12800 (Nikon D3300@35mm)

f/36|0.62sec |ISO 100 (Nikon D3300@35mm)

Berdasarkan kedua-dua gambar, apakah perbezaan yangg dapat diperhatikan? Pada gambar pertama, kocakan air dapat diliat dengan jelas kerana menggunakan shutter speed yang rendah. Nilai Shutter speed yang rendah bermaksud kamera akan mengetik gambar dengan sangat laju. Jadi, pada gambar pertama, kocakan air dapat dilihat dengan sangat jelas kerana gambar diketik pada kelajuan 1/4000 sec.

Pada rajah kedua, air kelihatan selembut salju, dan juga seolah-olah gambar yang dilukis dengan menggunakan berus lukisan. Gambar ini menggunakan shutter speed yang lebih tinggi yang bermaksud lebih lama masa diambil untuk kamera membuat ketikan. Oleh hal demikian, lebih banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera dan imej pergerakan air dapat dirakam untuk penghasilakan foto yang berbeza dengan gambar pertama. 

Shutter speed juga boleh berperanan dalam mengawal jumlah cahaya yang dapat masuk. Contohnya, gambar (a) dibawah, nilai shutter speednya lebih rendah berbanding gambar (b). Niai shutter speed yang rendah menyebabkan jumlah cahaya masuk sedikit berbanding gambar (b) yang kelihatan lebih cerah kerana nilai shutter speed yang lebih tinggi.

(a)  
       f/3.5|1/600 |ISO 200 (Nikon D3300@35mm)


(b)  
       f/3.5|1/250 |ISO 200 (Nikon D3300@35mm)

ISO

Iso adalah merujuk kepada kepekaan sensor terhadap cahaya. Berikut adalah gambar di tempat yang sama tetapi pada nilai ISO yang berbeza. Lihat nilai ISO pada gambar yang mempunyai nilai f dan shutter speed yang sama tetapi ISO yang berbeza akan menghasilkan gambar yang berbeza exposure.

f/3.5|1/640 |ISO 100 (Nikon D3300@35mm)

f/3.5|1/640 |ISO 200 (Nikon D3300@35mm)


f/3.5|1/640 |ISO 400 (Nikon D3300@35mm)



Tugasan 1

Tugasan 1 memerlukan saya untuk mengambil gambar sekitar UTM dengan komposisi yang betul. Terdapat juga tiga gambar yang diambil dari sekolah tempat saya mengajar. Antara konsep yang diperlukan dalam mengambil gambar bagi tugasan ini ialah :

  • Simplicity
  • Rule of third
  • Leading Line
  • Balance
  • Framing
  • Perspective

Komposisi balance


f/4.5|1/100|ISO 800 (Nikon D3300@35mm)
Gambar di atas adalah jalan menuju ke Kolej Datin Seri Hendon. Kawasan ini menarik kerana dikelilingi pokok-pokok yang unik dan sentiasa redup.


f/3.5|1/1400|ISO 800 (Nikon D3300@35mm)
Gambar di atas menunjukkan susunan pelajar yang seimbang mengikut komposisi yang betul. Namun tidak lagi seimbang apabila mereka melompat kerana berat yang berbeza-beza seperti gambar di bawah.

f/3.5|1/1400|ISO 800 (Nikon D3300@35mm)

Komposisi Framing


f/8|1/100|ISO 800 (Nikon D3300@35mm)

Bagi saya, komposisi framing agak sukar untuk dicapture kerana memerlukan kemahiran depth of field yang baik. Di sini saya mengambil masa yang banyak untuk mendapatkan menara masjid yang jelas disebalik dahan pokok.

Komposisi Rule of third

Saya amat menggemari komposisi rule of third kerana ia akan menjadikan gambar menarik dan lebih sedap dipandang.

f/5.6|1/200|ISO 800 (Nikon D3300@35mm)


f/6.3|1/4000|ISO 3200 (Nikon D3300@35mm)


Komposisi perspective

Bunga yang kecil ini nampak lebih besar daripada menara masjid yang jauh.

f/4.2|1/3200|ISO 800 (Nikon D3300@35mm)



f/5.6|1/200|ISO 200 (Nikon D3300@35mm)


Komposisi Simplicity

Simplicity bermaksud gambar yang ringkas sahaja merujuk terus kepada subjek yang dihajati. Gambar di bawah menunjukkan Masjid Sultan Ismail yang menjadi nadi dan terletak di tengah-tengah lingkaran ilmu di UTM.


f/3.5|1/600|ISO 800 (Nikon D3300@35mm)

Gambar di bawah menunjukkan gambar bangunan Dewan Sultan Iskandar yang diambil dari kawasan masjid.

f/5.6|1/200|ISO 200 (Nikon D3300@35mm)


f/5.3|1/4000|ISO 12800 (Nikon D3300@35mm)


Komposisi Leading Line


f/4.0|1/1320|ISO 400 (Nikon D3300@35mm)
Gambar di atas menampakkan corak pada salah satu menara masjid. Konsep leading line menonjolkan gambar dalam bentuk garis lurus.




f/4.0|1/300|ISO 800 (Nikon D3300@35mm)
Gambar di atas diambil di kawasan sekolah. konsep leading line seperti menunjukan arah yang infiniti.

Refleksi..

Gambar yang paling sukar untuk diambil ialah gambar framing. Bagi saya yang baru sahaja beberapa minggu berkenalan dengan DSLR ibarat seorang bayi yang baru sahaja belajar merangkak,  agak sukar untuk saya mengambil gambar dengan baik. Ketika mengambil gambar juga, saya agak terkial-kial sedikit pada mulanya. Rasa sangat janggal untuk sentiasa menukar option pada camera kerana selama ini hanya menggunakan mod auto.

Gambar yang paling berjaya bagi saya adalah gambar bunga yang saya dapat fokus dan hasilkan bokey dibelakangnya dan gambar framing menara masjid yang sangat sukar untuk difokuskan.

Tugasan ini telah menukar cara saya mengambil gambar kerana selama ini saya hanya menggunakan mode auto sahaja. Daripada saya tidak mempunyai ilmu pengetahuan langsung mengenai fotografi, akhirnya dapat juga menghasilkan gambar yang dihajati secara sederhana... Setelah membeli DSLR Nikon D3300, saya amat gembira dapat memiliki satu mesin/alat untuk mengambil gambar yang sangat bermanfaat dan berguna dalam menghasilkan gambar yang lebih unik.